nama dia kenpachi,tolong bg dia makan ye.. :)

kenpachi comel,bg dia mkn okay :)
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 18, 2011

pure love

ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong
aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
dalam ke dasar kerak bumi yg belum diterokai
warnaku rindu
jiwaku biru
menunggu cintaku ibarat sang buta yg melihat syurga
umpama lampu yg berbunyi hitam
lalu menunggu aku terus
kini malam tiba lagi kerana meninggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besar tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku padanya
kini harus aku terus menunggu
atau hilang saja aku di lautan luas....

lebih sayang dari yg menyayangi..

written by : thesahaja


Thursday, January 13, 2011

malapetaka

today

0900 am : relax2 masuk office..
0930 am : sambung kerja semalam sambil dgr lagu
1130 am : keluar pergi beli lunch
0200 pm : dapat kerja baru..(masih bole handle)
0345 pm : gila kjap..tgk2 balik kerja aku semua,ada 4 design yg kene rushing and 3 area
kene siapkan..mati woo..

x_x"

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

tarikh keramat hari ni
bagi sesiapa yg masih single,cepat2 lahh cari gf before 1200 am nanti..haha
bg sesiapa nk break,masih ada beberapa jam lagi untuk anda berfikir.. :)
bagi aku tarikh tu hanya sesbuah medium atau dalam bahasa kimia nya mangkin utk seseorg itu
yg penting adalah perkara tersebut dilakukan dengan betul
aku mengelak utk berlaku nya perkara yang paling aku malas nak hadap
tapi terjadi jgk..haihh
tepat jam 0558 pm td,berlaku laa pertengkaran antara sang raja dan permaisuri
disebabkan perkara yg boleh dikatakan agak remeh tetapi dipandang serius oleh sang raja
kerajaan bergolak lahh jugak petang tadi
hampir2 diisytiharkan darurat tetapi sang raja masih lagi memikirkan cara tk menyelesaikan masalah negara ini
bak kata boss aku kt tempat kerja 'very2 top urgent'..hahaha
harap2 kerajaan ini tidak akan dirampas oleh pihak pembangkang
takut rakyat jelata yg akan menerima padahnya nanti
sang raja ingin meminta ampun dari sang permaisuri
harap ampun sang raja diterima.. :)


kerja itu beramal

hari2 bekerja seperti perdana menteri
aku rasa aku keje lagi busy kot dari perdana menteri..haha
ingatkan awal2 tahun ni projek tak byk
rupa rupanya 3-4 kali ganda lagi banyak dari tahun lepas..
so,hari hari laa aku kerja mcm kuda hitam
tapi gaji paras tu je..tak naik2..haihh
mengharapkan bonus aku membuak2 laa tahun ni..haha (berangan)
so far aku bersyukur dgn kerja aku sekarang
alhamdulillah..semuanye okay..
tiada masalah setakat ini..
kene marah tu perkara biasa lah dalam bidang ni..
just live my life..
hari2 buat benda yg same tapi seronok..

p/s : bersyukur dengan apa yg kita ada

sabar tu bagus untuk awet muda

semenjak dua menjak ni
masing2 buat hal
semua nak tunjuk kepala masing2
aku tak faham
mesti ke buat camtu
nak kate budak2,semua da tua nk mati
tapi masih lagi tidak bole berfikir dengan matang
menunjukkn keras kepala itu bole menyebabkan org lain membenci kita
aku cuba untuk mengalah dengan sifat keras kepala org di sekeliling aku
tetapi aku seperti tidak boleh terima lagi
apa sahaja keadaan,aku harus mengalah dengan meraka
sampai bila aku kena mengalah
masing2 aku kena jaga hati
bak kata org2 tua,tarik rambut dalam tepung
tak nak rambut putus,tak nak tepung terabur..haihh
mcm mane yg perlu aku lakukan?
bak mai habak kat cek..hee
nak or tak nak,tetap aku hadap hari2
masing2 da beras,bukan padi lagi..haha
so,aku harapkn tuhan tu bukakn laa hati dgn kepala otak masing2..
aku manusia biasa,mungkin kdg2 aku buat silap..


tiada niat

tiada niat aku utk menyakitkn hati sesiapa
tapi aku da buat kwn aku saket hati dgn aku
aku tak bermaksud utk berbuat demikian
aku fikirkan merahsiakn tidak menyakitkan hati dia
tapi dia menjadi lebih membenci pada aku
boleh dikatakan aku ni mangsa keadaan
bak kate mat saleh 'situation victim'.. -.-"
aku mintak maaf sbb menyakitkan hati kau
tidak berniat utk melakukannya
harap kau faham situasi aku pada masa itu
bukan sengaja aku tidak memberitahu
tapi ingin menjaga hati semua pihak
harap kau faham
aku mintak maaf...



new year

da 11hari da masuk tahun baru
tapi sekarang ni baru aku nk update..haha
kesibukan tahun baru ini menyebabkan aku susah utk update sekarang
tambahan pula tahun baru ni byk perkara yg perlu aku usahakan
tanggungjawab yg baru,azam yg baru dan kehidupan yg baru
azam tahun baru?
tekad utk menahan diri dari meneruskan lagi hiburan malam aku
even bende ni mcm mustahil tapi akan ku usahakn
demi tanggungjawab ku yg baru..haha
harap2 tahun ni akan menjadi tahun yg lebih baik dari tahun lepas
ampun maaf jika saye ade lakukan apa2 yg menyakitkn hati sesiapa sahaja
harap diampunkn..
maaf atas segala gala nya..
selamat tahun baru :)