nama dia kenpachi,tolong bg dia makan ye.. :)

kenpachi comel,bg dia mkn okay :)
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30, 2011

im into you

Dia enggan mahu berhenti.
Dia enggan biarkan diri mati.
Dia enggan sakit menguasai.
Dia enggan duduk diam dan biarkan diri dikeji.
Sudah cukup dia makan hati.

Dia nampak suatu kekuatan yang buatkan dia senyum setiap hari.
Dan izinkanlah dia kembali.
Hanya sekali lagi.


#rasalah diriku ada didalam dirimu


Monday, November 28, 2011

Ya Allah,
kau tabahkan lah hati hamba-Mu ni,
berikan lah dia kekuatan untuk mengharungi dugaan yang Kau beri kan,
dia meminta Kau kembalikan semangat utk meneruskan kehidupan ini,
kuatkan lah semangat dia Ya Allah,
dia sentiasa lemah sifatnya disisi-Mu Ya Allah.



dead and gone.

*for sure

Thursday, November 24, 2011

pemergian tanpa janji

rapatkanlah dadamu ke tubuhku,
biar sampai rasa degupan jantungku,
genggam dan dakaplah seeratnya,
nescaya kamu akan rasa apa yang ku rasa,
cinta untukmu.



Wednesday, November 23, 2011

ada ?

andai kata diri ini pergi tanpa kembali,
masih adakah yang ambil peduli?

*mungkin



its now or never

kembali lah,
dia amat merindui diri Nur,
leraikan lah perasaan rindu ini,
curahkan lah rasa sayang kembali,
genggam lah cinta yang dia berikan,
Nur lindungi lah cinta itu,
kerana cinta dia terhadap diri Nur terlalu suci,
cinta teragung buat dirinya,
yang dikurniakan oleh-Nya,
dia menunggu kepulangan Nur,
dengan penuh kesabaran,
kembali lah sayang,
kembali lah dengan cinta dia,
kembali lah...


Tuesday, November 22, 2011

cinta untuk Nur part 4

setiap hari kita berhubung,
aku merasakan sesuatu perasaan pelik dihatiku,
mungkin hatiku terbuka semula untuk bercinta?
ya,kau berjaya membuka hatiku,
kau berjaya menawan aku dengan sifat sifat yang kau ada,
temujanji yang pertama,

kelakar masa tu,
masing masing cuba mengawal segalanya,
aku membawa kau tengok movie,
aku rasa sangat happy sebab sebelum ni aku dah lupa bagaimana rasa bercinta,
tetapi hatiku masih ragu ragu,
masih lagi menilai cara kau melayan aku,
lepas habis tengok movie,
kami pergi makan pula,
kau suka makan ayam goreng mcd yang pedas gila tu,
aku tak tahan makan pedas,
tapi kau mengajar aku makan ayam tu,
kau layan aku seperti aku sudah menjadi suamimu yang sah,
membuatkan aku rasa sangat selesa bersama kau,
kau buat hariku rasa bahagia,
senyum tawa kau sangat comel,
sedikit sedikit kau menambat hatiku,
temujanji yang pertama,
tidak pernah aku lupa sampai bila bila.

bersambung....



Monday, November 21, 2011

Nur yang bermaksud cahaya

Nur,
ada sinar nak datang ke arah kita,
yakinlah sinar tu datang dari-Nya,
sinar cinta kita,
kembali seperti selalu,
kita sama2 berdoa agar sinar itu kekal bersama kita,
jangan pernah berputus asa,
jangan pernah berhenti berharap,
itu sahaja permintaan dia,
jangan pernah berhenti,
dia menunggu kepulangan Nur.
tolong Nur,
jangan pergi...


*tiada lagi perkataan ego dalam diri dia.


Cinta, takdir dan harapan.

Ketiga-tiga benda ini saling berkait rapat antara satu sama lain memandangkan ia melibatkan perasaan manusia. Kita hidup kerana kita percaya ada harapan, ada sesuatu yang kita harapkan akan terjadi, yang sudah tentunya benda baik. Ada ke orang yang mahukan benda buruk terjadi pada diri mereka?


#Mustahil


emptyness

Belajarlah untuk memaafkan mereka yang mengkhianati kita.
Mereka mengajar kita apa itu nilai kepercayaan sebenarnya.


*senyum dengan penuh kepalsuan



Sunday, November 20, 2011

Pada-Mu ku bersujud

Kau tempatku meminta,
Kau beriku bahagia,
jadikan aku selamanya hamba-Mu yang selalu bertaubat,
ampuniku Ya Allah,
yang sering melupakan-Mu,
saat kau limpahkan kurnia-Mu,
dalam sunyinya aku bersujud..


*Tuhan turunkan dugaan pada kita sebab Dia sayangkan kita
Dia nak uji ketabahan hamba kesayangan Dia


:')


could you ?




#2 perasaan

Saya rindu awak.
Awak rindu saya tak?

Saya rindu banyak benda tentang awak.
Awak, apa yang awak rindu tentang saya?

Saya rindu nak dengar suara awak.
Awak, pernah tak rasa rindu nak dengar suara saya?

Saya rindu mahu lihat awak.
Awak, rasa tak rindu nak lihat saya?

Saya rindu nak berbual dengan awak.
Awak, awak berbual dengan siapa sekarang ni?

Saya mahu lupakan kerinduan saya pada awak.
Awak mesti dah tiada rasa rindu pada saya kan?

Saya rindu awak sebab awak pernah hidup dalam diri saya.
Tapi saya tak pasti awak rasa begitu atau tidak.


*rindu tahap merah


#1 perasaan

Saya pernah cinta awak.
Awak pernah cinta saya.

Saya tanya awak, apa itu cinta.
Awak kata cinta itu saya.

Saya ketawa.
Awak kata, awak harap awaklah cinta saya.

Saya kata cinta itu penawar.
Awak kata saya macam ubat yang mahal harga.

Saya kata cinta itu mungkin racun.
Awak bantah, kata mustahil sebab awak tak mungkin bunuh saya.

Saya kata cinta itu aneh.
Awak kata saya manusia aneh kerana pilih cinta.

Saya kata saya memang aneh.
Awak kata cinta itu bagaikan mesin masa - boleh pergi dan dibawa ke mana sahaja.

Saya kata cinta itu suatu rasa magika.
Awak kata benda itu hanya bawa bahagia.

Tapi awak, ada suatu masa, suatu ketika saya sedar satu perkara.
Cinta itu maksudnya derita.


betol ke apa yang saya rasa?



Saturday, November 19, 2011

silent

berdiam diri,
mungkin itu yang terbaik bagi dia,
mungkin ini memang jalan hidupnya,
entah apa lah yang di rancang oleh-Nya,
mungkin dugaan,
mungkin tiada rezeki,
dia bingung,
dia serah semuanya kepada pencipta-Nya,
mungkin Allah swt ada rancangan disebalik semua ini,
jasad sudah mengalah,
tetapi hati meronta ronta mengatakan jangan mengalah,
mengapa?
mengapa hati ni tidak mahu mengalah?


*menangis sujud meminta petunjuk




rindu setengah mati

jam 2.34 am
aku tak boleh tidur,
aku mintak maaf,
aku rindukan kau,
tolong.


*air mata mengalir

Friday, November 18, 2011

senyum kembali

senyum demi Nur,
ketawa demi Nur,
tapi cinta dia tidak akan berubah,
kemahuan Nur akan dia turutkan,
jangan pernah risau,
dia okay.
terima kasih.


:')



rayuan hati

Dia berdiri di luar hati Nur.
Dia ketuk perlahan-lahan.
Dia datang setiap masa, setiap hari.
Dia tanya, bila agaknya Dia dapat masuk ke pintunya.

Dia datang setiap hari sehingga Nur menghilangkan diri.
Dia marah Nur - dia kata Nur menyelinap masuk ke dalam hati dia tanpa perlu usaha.
Dia merayu - berikanlah dia kunci, kata laluan atau apa sahaja agar dia bisa masuk ke dalam.

Nur berikanlah dia kata laluan.
biar dia buka dengan perlahan.
dia mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
dia baca setiap helaian manuskrip dalam hati Nur.
Lembaran demi lembaran dia baca.

Nur,
bila tiba halaman yang sukar untuk difahami,
mengapa Nur berdiam diri?
Mengapa Nur tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa dia tidak mahu bertanya kepada Nur, tuan punya diri?

Nur,
hati yang dia masuki adalah hati Nur,
Kamus yang dia perlukan adalah Nur,
adakah dia masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

hanya Nur sahaja tahu,
dia tak pernah bosan utk terus membaca,
sampai nafas terakhir dia..



perasan tak?

Kelemahan manusia adalah terlalu bergantung kepada manusia lain sehingga tanpa disedari mengakibatkan lebih banyak kesakitan dalam usaha memperbaiki sesuatu yang berlaku. Anehnya, kita kurang menyedari kepedihan yang dialami bila melalui kepayahan begitu.

#the truth

warkah hati


Nur,
Dia menunggu Nur.
Dia menunggu sampai dia lelah sendirian.
Tapi awak ada terbit rasa kasihan?


Nur.
Dia belajar untuk ubatkan hati yang menderita.
Dia belajar untuk tahu bahawa menunggu itu bukan sengsara.
Dia belajar untuk lebih faham bahawa dia tidak boleh bermanja.
Dia belajar untuk mengerti jarak itu hanya satu unit ilmu kira-kira.

Nur.
Kegembiraan Nur dengan manusia itu sebenarnya buatkan dia terluka.
Tapi sejak dia belajar bahawa benda mustahil kalau dia sentiasa gembira.
Dia mula tahu bahawa dunia semakin gila.
Tapi, dia belum mahu berhenti dari buat kerja bikin hati bahagia.
Belum dan pastinya dia tidak akan putus asa.

Nur.
Kata-kata santai Nur pada dia sebenarnya ayat yang bawa derita.
Ketawa yang Nur dengar dari mulut dia adalah ketawa menutup luka.
Senyuman yang Nur lihat terukir dari bibir dia hanya kilasan gigit jiwa lara.
Dan segala penafian dia, hanya mahukan Nur tidak sedar apa-apa.

Nur.
Dia bukan mahukan perhatian.
Dia bukan mahukan kasihan.
Dia hanya mahukan satu pengertian.
Bahawa dia manusia yang berpegang kepada cinta.
Walaupun, dia tidak menolak kehendak-Nya.

Ada benda yang ditunggu.
Moga ada berita baik.
Amin.


truly with love,

Thursday, November 17, 2011

xoxo


Nur,comel kan katun ni?
hee

love,cinta

Nur..
Sakit itu buat dia makin gila.
Rasa terbuang buat dia tidak mampu mencerna jiwa.
Tapi dia tetap manusia yang serupa.
Tetap lelaki yang Nur kenal sebegitu lama.
Kegagalan hanya buat dia makin gigih bekerja.
Kesakitan hanya akan buatkan dia lebih kuat berusaha.
Keperitan menguatkan lagi harapannya,
Untuk buktikan pada cinta teragungnya,
Rintangan dan cabaran sudah jadi makanan harian baginya,
Air mata yang tumpah sebagai pelincir dia mahu buktikan pada dunia.
Biarkan sakit diinjak membuatkan dia terjaga.
Kalaupun dia tidak mampu kali ini,
Suatu hari nanti dia akan dapat kembali cintanya,
Dia tidak akan berhenti selagi jasad dan roh masih bersatu,
Walaupun terpaksa telan kesakitan sendirian tanpa bicara.

*rintihan semangat hati dia

aku meluah,kau merasa

malam tadi dia keluar,
keluar untuk tenangkan hatinya,
dia pakai perfume yang Nur hadiahkan,
dia duduk seorang diri tanpa menghiraukan sesiapa,
bau perfume itu merasakan Nur berada di sebelah dia,
duduk rapat sambil memeluk lengan,
menghangatkan suasana yang sejuk,
dia rindu Nur,
dengar lah suara cinta dia di hati Nur.


*sentiasa mengharap kembalinya cinta suci

benci dengan diri sendiri

menyesal dengan diri sendiri,
tidak mampu menjaga hati Nur dengan baik,
selalu memikirkan perasaan sendiri,
ampunkan diri ini Nur,
Nur telah buka mata dia untuk lebih mengawal diri,
terima kasih Nur,
Nur sanggup ketepikan kemahuan Nur demi menjaga hati ini,
tetapi dia tak pernah nak menghargai,
ampunkan diri ini Nur,
dia akan jadi yang terbaik untuk diri Nur,
ingat Nur,
dia pelindung Nur,
sanggup lakukan apa sahaja demi Nur.


*cinta sejati tidak pernah putus asa

rindu part 2

rindu !
setiap malam dia termimpi Nur,
setiap kali sedar,
air mata mengalir kerana rindu ini Nur,
dia akan berdiri di luar pintu hati Nur,
menunggu Nur membuka pintu untuk dirinya,
memegang serpihan hatinya utk Nur pulihkan,
menunggu hari kembalinya cinta mati dia.


*terlalu rindu

Wednesday, November 16, 2011

25.11.2010

Nur,
ingat lagi tak gambar ni?
hmm

:'(

wordless

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
...

*setiap saat sakit Nur.
terlalu sakit.


:'(

hanya kamu





raut wajah mendamaikan,
dan sesuci seorang berhatimu,
sinar mata mempersona,
bagai gugur seluruh jantungku,
aku ingin engkau tahu,
cinta aku satu,
tercipta buat dirimu,
hanya untuk kamu..

hanya untuk awak Nur...



rindu part 1

bila rindu kat Nur,
dia tengok video dia bersama dgn Nur,
tgk senyuman Nur,
air mata yang jujur mengalir tanpa henti,
dia sudah tiada apa apa Nur,
tinggal harapan dan kenangan bersama Nur,
kalau Nur rindu kat dia,
jangan melawan Nur rasa rindu tu,
biarlah rasa rindu tu menguasai diri Nur,
rindu cinta agung kita Nur,
Nur cinta mati dia..


berharap

sedih Nur.
dia dah tak boleh nak senyum Nur,
tiada apa yang bole buat dia senyum kecuali kehadiran Nur,
dia tidak akan putus harapan,
never ever Nur,
kepulangan Nur dia menanti,
doa tidak putus dipohon dari-Nya,
my life with you means everything,
i wont give up that easily.
nikmati lah rasa cinta dia yang ada dalam hati Nur tu,
walaupun sedikit tapi itu lah rasa cinta teragung bagi dia Nur,
jangan pernah lupa rasa cinta itu Nur
.

:'(


pergi mati je lah kau shahrul !
kau hidup pun seksa roh kau !
baik mati !
kau buat baik,org buat jahat kt kau !
kalo kau mati bru org puas kot !

*demon in me says

Tuesday, November 15, 2011

marah dengan diri sendiri

tiada siapa yang faham perasaan aku?
kenapa?
teruk sangat ke aku ni?
salah ke aku bercinta?
aku tak layak ke untuk bercinta?
kenapa aku tak diendahkan langsung?
kenapa?
aku perlukan jawapan.


looked at the mirror


Nur nampak rendah daripada dia,
badan dia besar,
mesti lah badan dia besar,
sebab dia lah yang akan melindungi Nur,
melindungi Nur daripada apa sahaja,

dia pelindung Nur..

:')

cinta Rasullullah

Rasullullah pernah pesan kepada Siti Aisyah,dia akan pulang ke rumah sebaik sahaja habis waktu isyak.Tiba tiba malam itu Rasullullah terlewat dan Siti Aisyah sudah pun tertidur,selalunya dia akan tunggu Rasullullah sehingga Rasullullah pulang tapi oleh kerana Rasullullah terlewat,Siti Aisyah sudah pun tertidur.Tibanya Rasullullah di depan pintu,Rasullullah tidak jadi hendak mengetuk pintu sebaliknya terus baring dan tidur di luar (diatas pasir) kerana sayangnya Rasullullah kepada isteri tidak mahu ketuk kerana tidak mahu mengganggu isterinya sedang tidur.Apabila Siti Aisyah terjaga lalu membuka pintu lihat Rasullullah sedang tidur,dia terus cium tapak kaki Rasullullah dan meminta ampun kerana mengaku silap dia tidak tunggu Rasullullah dan menyambut suaminya.Rasullullah pula terjaga dan terus meminta ampun kepada isterinya,mengatakan silap Baginda kerana terlewat sehingga isterinya tertidur dan mengatakan isterinya tidak bersalah tetapi Siti Aisyah terus menyambung ampunnya kepada Rasullullah setiap kali suaminya meminta ampun.Maksudnya tidak berhenti lah pasangan ini mengaku silap dan meminta ampun berterusan.Akhirnya azan subuh yang menghentikan pasangan itu.

sedangkan kekasih Allah melakukan silap,
ini kan pula dia,
maafkan lah dia Nur,

begitu indah cinta teragung ini Nur..

sedih atau gembira ?

7 hari lagi Nur,
kembali lah Nur dgn cinta suci kita sayang,
dia menunggumu sambil memegang serpihan hatinya,
dia ingin Nur mencantumkan kembali serpihan2 hati dia,
Allah s.w.t sahaja yang tahu sakit seksa diri hamba-Nya ini,
kembali lah Nur.

*melutut

only hope

D : kepala saya sakit,berdenyut2 kt belakang kepala ni.
orang cakap darah tinggi,betul ke?

M : haha,bukan darah tinggi lah.tu hypertension.
tu la byk sangat berfikir.hmm

dia rindukan semuanya Nur,
dia rindukan pelukan Nur,
sentuhan Nur,
ciuman Nur,
sifat manja Nur,
sifat cemburu Nur,
dia rindu semuanya tentang cinta dia dan Nur.
kembali lah Nur,
tolong jangan tinggalkan dia,
please Nur...


Monday, November 14, 2011

cinta untuk Nur part 3

bermula pada satu hari sabtu tu,
aku bekerja seperti biasa,
ntah mengapa hatiku ingin bercakap dgn kau,
tergerak hati ingin text kau,
kau ingin balik dan aku menawarkan diri ku menjemput kau,
bila sampai saja di sana,
tergamam melihat kecantikan kau,
sangat ayu,
berbaju kurung merah hati,
aku membawa kau pergi makan,
kerana kau mengatakan kau belum makan lagi,
tersipu2 malu kau ketika makan,
comel aku tengok kau masa tu,
kau makan tanpa memandangku,
aku tahu kau segan masa tu,
selepas makan,aku menghantar kau balik,
ketika itu aku berharap dapat keluar bersama dgn kau lagi,
dari situ lah,
timbul perasaan antara aku dan kau,
semakin hari semakin syg.

bersambung...


lonely

a silent night.

*feel lonely

love never lies

dia bukan bagi kasih sayang yang singkas,
tapi dia bagi kasih sayang yang tidak boleh diuraikan,
terlalu rumit untuk diceraikan,
seperti itu juga lah usaha dia untuk mendapatkan cinta dia kembali,
Nur,
dia dah terlalu sakit Nur,
tolong jangan tambah sakit dia Nur.
tolong...



i need you sayang
:(


Sunday, November 13, 2011

aku menyanyi,kau mendengar

Nur,
hanya di sini sahaja tempat dia melepaskan apa yang dia rasa Nur,
dia mengharap Nur kembali ke sisi dia,
tidak akan putus asa demi Nur,
terima kasih Nur sebab dengar dia menyanyikan lagu utk Nur,
harap Nur dapat rasa apa yang dia rasa sekarang ni,
sakit bila dapat tahu hati Nur tiada pada dia,
cuba lah Nur tanya betul2 dalam diri Nur,
sanggup ke Nur nak melihat dia terseksa?
melihat cinta teragungnya pergi tanpa kembali.
seksa.
terlalu seksa..
dia tunggu jawapan dari Nur dengan beribu harapan.
harapan utk cinta teragungnya.