nama dia kenpachi,tolong bg dia makan ye.. :)

kenpachi comel,bg dia mkn okay :)
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 3, 2012

dari hati

entah kenapa terlalu sukar untuk aku mendapatkan apa yang aku inginkan ?terasa diri ini seperti tidak layak untuk disayangi atau dicintai oleh orang lain.Ataupun aku yang tidak layak untuk memiliki kau yang terlalu sempurna di mataku ?.Aku telah lakukan yang terbaik utk hubungan ini.Aku juga seperti insan lain yang selalu melakukan kesilapan,tetapi mengapa aku harus dihukum sebegini rupa ?beribu persoalan yang timbul,menantikan jawapan yang sentiasa tersembunyi.Aku ingin kau tahu,ingin kau faham apa perasaan yang aku rasakan.Cukuplah dengan kau jaga apa yang telah aku amanatkan untuk kau.Hati aku,perasaan aku,niat aku hanya untuk memiliki diri kau seorang.Ingin menjadikan kau isteri yang sah bagiku.Tetapi Allah swt telah turunkan dugaan yang terbesar dalam hidup aku.Mungkin ingin menguji ketabahan dan keimanan diriku.Satu demi satu dugaan mendatang,bergoncang hatiku mengharungi sakit perit ini.Penyeksaan yang ditanggung seorang diri.Aku hanya mahukan kebahagiaan bersama kau,menjalani kehidupan yg sederhana bersama kau,menghabiskan waktu bersama kau,sehingga nafas terakhirku.Aku terlalu sayangkan kau,aku tak sanggup kehilangan kau dalam hidupku kerana kau adalah cinta terakhirku.Semoga kau nampak cintaku terhadap diri kau.Setiap solatku aku selitkan doamu,doaku dan doa kita demi kebahagian bersama.Aku hanya menjunjung harapan dengan hati yang berderai menunggu tibanya cinta hatiku kembali,mungkin memakan masa yang lama tetapi kerinduanku terhadap dirimu mengajar aku erti kesabaran.Aku hanya merancang tetapi Allah swt yang tentukan.Dia pemberi segala nikmat,hanya kepada-Nya aku memohon.

#mencintai lebih dari menyayangi


No comments:

Post a Comment