nama dia kenpachi,tolong bg dia makan ye.. :)

kenpachi comel,bg dia mkn okay :)
Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 18, 2011

warkah hati


Nur,
Dia menunggu Nur.
Dia menunggu sampai dia lelah sendirian.
Tapi awak ada terbit rasa kasihan?


Nur.
Dia belajar untuk ubatkan hati yang menderita.
Dia belajar untuk tahu bahawa menunggu itu bukan sengsara.
Dia belajar untuk lebih faham bahawa dia tidak boleh bermanja.
Dia belajar untuk mengerti jarak itu hanya satu unit ilmu kira-kira.

Nur.
Kegembiraan Nur dengan manusia itu sebenarnya buatkan dia terluka.
Tapi sejak dia belajar bahawa benda mustahil kalau dia sentiasa gembira.
Dia mula tahu bahawa dunia semakin gila.
Tapi, dia belum mahu berhenti dari buat kerja bikin hati bahagia.
Belum dan pastinya dia tidak akan putus asa.

Nur.
Kata-kata santai Nur pada dia sebenarnya ayat yang bawa derita.
Ketawa yang Nur dengar dari mulut dia adalah ketawa menutup luka.
Senyuman yang Nur lihat terukir dari bibir dia hanya kilasan gigit jiwa lara.
Dan segala penafian dia, hanya mahukan Nur tidak sedar apa-apa.

Nur.
Dia bukan mahukan perhatian.
Dia bukan mahukan kasihan.
Dia hanya mahukan satu pengertian.
Bahawa dia manusia yang berpegang kepada cinta.
Walaupun, dia tidak menolak kehendak-Nya.

Ada benda yang ditunggu.
Moga ada berita baik.
Amin.


truly with love,

No comments:

Post a Comment