nama dia kenpachi,tolong bg dia makan ye.. :)

kenpachi comel,bg dia mkn okay :)
Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 18, 2011

rayuan hati

Dia berdiri di luar hati Nur.
Dia ketuk perlahan-lahan.
Dia datang setiap masa, setiap hari.
Dia tanya, bila agaknya Dia dapat masuk ke pintunya.

Dia datang setiap hari sehingga Nur menghilangkan diri.
Dia marah Nur - dia kata Nur menyelinap masuk ke dalam hati dia tanpa perlu usaha.
Dia merayu - berikanlah dia kunci, kata laluan atau apa sahaja agar dia bisa masuk ke dalam.

Nur berikanlah dia kata laluan.
biar dia buka dengan perlahan.
dia mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
dia baca setiap helaian manuskrip dalam hati Nur.
Lembaran demi lembaran dia baca.

Nur,
bila tiba halaman yang sukar untuk difahami,
mengapa Nur berdiam diri?
Mengapa Nur tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa dia tidak mahu bertanya kepada Nur, tuan punya diri?

Nur,
hati yang dia masuki adalah hati Nur,
Kamus yang dia perlukan adalah Nur,
adakah dia masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?

hanya Nur sahaja tahu,
dia tak pernah bosan utk terus membaca,
sampai nafas terakhir dia..



No comments:

Post a Comment