nama dia kenpachi,tolong bg dia makan ye.. :)

kenpachi comel,bg dia mkn okay :)

Sunday, November 20, 2011

#1 perasaan

Saya pernah cinta awak.
Awak pernah cinta saya.

Saya tanya awak, apa itu cinta.
Awak kata cinta itu saya.

Saya ketawa.
Awak kata, awak harap awaklah cinta saya.

Saya kata cinta itu penawar.
Awak kata saya macam ubat yang mahal harga.

Saya kata cinta itu mungkin racun.
Awak bantah, kata mustahil sebab awak tak mungkin bunuh saya.

Saya kata cinta itu aneh.
Awak kata saya manusia aneh kerana pilih cinta.

Saya kata saya memang aneh.
Awak kata cinta itu bagaikan mesin masa - boleh pergi dan dibawa ke mana sahaja.

Saya kata cinta itu suatu rasa magika.
Awak kata benda itu hanya bawa bahagia.

Tapi awak, ada suatu masa, suatu ketika saya sedar satu perkara.
Cinta itu maksudnya derita.


betol ke apa yang saya rasa?



No comments:

Post a Comment